Saturday, December 25, 2010
Sekitar Majlis Persandingan Kawan Sekolah Rendah + Menengah!
Anak Ikan
Isi mase bosan
Kerinduan

Wednesday, December 15, 2010
Nak cari duit lebih?


Happy besday CIK ANA!

Berita gembira 2 :

Berita gembira 1 :

Saturday, December 4, 2010
Selamat Bertunang Kawan !

" Weh ko katne?
Jemput datang umah"
" Asal? Ade ape?
Ko tunang?
" Aah"
Jadi tahniah diucapkan kepada saudari 'koma atas kedua' iaitu Hasnor'Ain Bt. Mohd Hasnan di atas pertunangan ko harini erk..
Aku tumpang hepy!
Upload gambar ko banyak2 sket eh kat fb..
Tibe2 rase teruje ..
Saye nak jugak!!
Walaupun aku dah 23 n ceno baru 22..tapi die tunang dulu..
Cess..tak aci neh..
Jangan lupe tunjuk cincin kat aku!!
Papepon Tahniah KAWAN!!!
Friday, November 26, 2010
R.a..k.a.n.
Semalam menemani rakan (selaku rakan sekolah rendah dan sekolah menengah) tidur kat umah die kat Ulu Bernam. Rakan adelah seorang pekerja di UPSI yang diberi gaji bulanan. Rakan tido sorang2 sebab die baru pindah umah sebab die nak kawin Isnin ni. Rakan kawin hari Isnin sebab die tak kawin hari Sabtu atau pun Ahad. Rakan tak kawin hari sabtu ataupun Ahad sebab dewan penuh. Rakan kawin kat Penang. Aku berjaye jugak teman rakan sebelum die jadi bini orang. Terime kasih rakan sebab belanje saye CHEEZY Mayo!
Sorry tak dapat gi kenduri kawin anda kerana saye menduduki paper fizik di hari persandingan anda!
Pagi-pagi bute tadi rakan hantar aku balik. Paper Numerical Method aku lepas semayang Jumaat. Pukul 3 petang. Masa menjawab adelah 2 jam setengah. Sejam pertama aku buang masa dengan tak tau nak jawab. Nasib baik la last2 aku dapat menjawab dengan agak cemerlang. Bukannye gemilang apetah terbilang.
Cerita cinta rakan sangat sedih. Walaupun rakan dah nak kahwin Isnin ni, rakan bukan kahwin dengan cinta hati. Tapi rakan sangat sayangkan bakal suami yg bukan cinta hati sebenar itu. Walaupun tak dapat kahwin dengan cinta hati yg dah kenal 7 tahun tu, tapi rakan tak menyesal. Sebab die tau pilihan yang telah dibuat dalam menentukan siapa bakal suami adalah sangat tepat!
Betul la cakap-cakap setengah orang yg mengatakan org yg sangat kite sayang boleh bertukar menjadi org yg sgt kite benci. Rakan benci gile kat cinte hati. Sebab cinte hati main kayu 10 yg melampau2. Walaupun dah tau cinte hati curang sejak 7 tahun yg lalu, tapi sebab cinte dan syg yg menebal, rakan sanggup buat tak tau je. Sanggup makan hati. Sentiasa memikirkan cinte hatinye konpem bpoye2 dengan popuan lain dan banyak lagi tanpa boleh berbuat ape2..
Cinte hati sgt tak setia. Walaupun rakan yg tanggung die sejak dulu. Cinte hati tinggalkan rakan sebab pompuan lain untuk kali ke 180 juta. Jadi rakan ambil keputusan drastik untuk kawin dengan pilihan family.
Bakal suami pilihan family sangat baik dan bertanggungjawab. Dah ade kerje tetap. Tua 4 tahun dari rakan. Sah2 la dah stabil. Bukan macam cinta hati yg hidup pon pompuan yg tanggung, tak keje, kaki pompuan, jahat dan lain2..
Rakan cakap die tak menyesal langsung kahwin dengan pilihan keluarga. Malah semakin bahagia. Yang paling best, rakan dah kol cinte hati dan berkata bahawa "aku haramkan ko jejak kaki ko kat dewan aku kawin"
Dalam hal ni mungkin aku perlu bersyukur yg teramat2 sebab cinte hati aku sgt setia. Kebarangkalian die ade pompuan lain adelah sifar. Bersyukur tak perlu nak risau cinte hati curang ke tak, cinte hati pergi mane, kuar dengan sape, buat ape, menipu dll. Aku tak perlu risau tu sume. Jadi bile mendengar cite rakan yg penjang bjela dari A-Z, dalam otak hanye terpikir betapa aku sgt bertuah sebab cinte hati aku tak macam cinte hati rakan.
Selamat pengantin baru rakan!
Wednesday, November 24, 2010
PSYCHO GIRL freaking out because she can't sing
Datang la Tg Malim..
Boleh kakak ajarkan teknik yg betol nyanyi lagu ni..
Tak gitu kude???
Tak pun dtg Tg. Rambutan terus..
Tak gitu kude???
Ini kesukaan saye yg terbaru!!

Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



Korban
Malas gile nak study..
Kemalasan hati merangsang otak agar tidak menelaah untuk peperiksaan..
Hati rasa gusar memikirkan exam jumaat ni..
Malas yang merajai telah membuatkan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari adalah tidur dan makan sahaja.
Tiba-tiba kepala diselubungi rasa sakit kerana badan tidak aktif sepanjang hari.
Akibatnya, study masih tidak boleh dijalankan dengan alasan keadaan diri yang kurang sihat akibat terlebih dimanjakan.
Sokongan diperlukan agar study dapat dilakukan dengan segera dan penuh semangat.
Semangat boleh didapati daripada seorang penganggur yang telah memutuskan untuk berhenti kerja beberapa minggu yg lalu..
Namun begiitu, semangat tersebut tidak boleh diperolehi apabila penganggur tersebut mempunyai tuned tidur yg berbeza dengan masyarakat Malaysia..
Tuned tidurnya mungkin sama dengan masyarakat yg tinggal di Bumi Inggeris..
Oleh kerana terdapat tuned tidur yg berbeza antara penulis dan penganggur, maka tiada interaksi yg wujud antara kami.
Jadi semangat tidak dapat dijana.
Oleh itu penulis perlu menjana kembali semangat secara individual agar penulis dapat menelaah pelajaran untuk masa depan yg tercinta..
* penulis dan penganggur merupakan 2 insan yg tiada pertalian darah
Wednesday, October 27, 2010
apa ?
Keputusan dah diumumkan..
Tapi aku masih diam membisu di blog..
Taknak bgtau keputusan yg telah dikeluarkan..
Mengapa? Mengapa?
:P
Last2 akan diumumkan jugak sebab mesti penonton tertanya2..
Teka-teki ini tentu lebih hebat bermain di minda saudari pengapit bakal pengantin iaitu saudari rohana abd razak..
Apetah lagi pertandingan turut disertai bakal pengantin,,,
Siapa bakal pengantin? -----> tiada rujukan...
Bakal pengantin adalah johan pertandingan ucapan awam yg aku masuk baru-baru ni..
Secara otometiknya aku sedang menyatakan bahawa aku kalah di tgn bakal pengantin..
Mendapat tempat ke-2 membuatkan aku berasa sedikit tertekan kerana johan adalah milik musuh ketat..
aku tak kisah kalau dapat saguhati sekalipun asalkan musuh juga mendapat saguhati bersama-sama..
Namun apabila memikirkan niat awal penyertaan adalah semata-mata kerana sijil, hati masih tidak dapat disejukkan tatkala masih memikirkan tentang individu yg mendapat johan pertandingan..
Dengan beza mata 1.5 (satu perpuluhan lima), adakah adil jika johan menang sedangkan johan hanya membaca teks semata-mata? diulang... MEMBACA....
Johan datang lewat..sampai di dewan ketika peserta ke-3 sedang memberikan hujah2nya..
Tiba-tiba johan menjadi peserta terakhir tanpa perlu mencabut undi..
Mengapa johan bukan saudari tipah, saudari senah atau saudari gayah?
Mengapa johan mesti pergi kepada saudari maimunah???
Saya tak suka sebab kalah di tgn musuh!
Saya nak dapat no 4 asalkan musuh dapat no 5!!
Saya taknak no 2 tapi musuh dapat no 1 !
Oleh kerana telah memegang pangkat johan untuk pertandingan melukis, hati menjadi beku dan dingin sesejuk salju :)
Di sini musuh telah kalah di tgn penulis......
Saturday, October 23, 2010
Alam Sekitar
Malam semalam ade taklimat praktikal. Habis je taklimat then terus gi karok dengan wani, farah dan fatin. Seorang nyanyi 3 lagu bersamaan total 12 lagu telah dipilih. Menyanyi di pusat latihan nyanyian keluarga membuatkan harga bagi satu lagu adalah seringgit.
Pusat latihan nyanyian keluarga. BUkan redbox ataupun k-box tapi puas hati sebab dapat melontarkan suara. :P
Hahah..Aku boleh pegi karok walaupun esok ade pertandingan ucapan awam tapi text pon tak buat lagi. No preparation at all! Tak larat kot nak ikut teks yg diambil kat tenet sebab sgt panjang dan ayat boombastik! So gamble jela..Goreng2 jela ayat nanti...kopem berterabor kot...
Dah setel ucapan awam tadi. Peserta 5 org jee...hee..
Terima kasih diucapkan kepada penyokong2 setia.hahah..
thanks tok housemate noraini yusof dan jugak siti asmak yg dtg bg sokongan jugak..
terharu la jugak bile time2 cenggini...
Tq jugak kepade organizer sebab sudi jemput aku menambah sijil.. :D :D
Thursday, October 21, 2010
Lukisan alam
Semalam (rabu) dah masuk pertandingan melukis sempena minggu alam sekitar. Tapi keputusan pemenang akan diumumkan ahad ni la plak. Hari sabtu ni plak ade pertandingan ucapan awam. Penyertaan adelah semata2 untuk mendapat sijil. Tapi enjoy la jugak time masuk pertandingan melukis baru ni. Apetah lagi cik hana kales turut turun padang memberi sokongan yg tak berbelah bagi. hahah. Mymoon pun masuk! Lukiannya agak ber'seni'... :P
*sempat ambil gambar lukisan mymoon mase die gi kelas (die ade kelas, so die cabut jap gi kelas then dtg balik)
Preparation untuk sabtu ni biase2 je. Lantaklah kalau kene bace teks mase atas pentas pun. Lantaklah kalau tak menang pun. Yang penting ade sijil yg boleh membuktikan aku 'agak' aktif semasa belajar di ipta. Kalau ade rezeki dapat intebiu tok posting tahun depan, takdelah tkedek2 nak menjawab :
-kenape aku tidak mempunyai sijil langsung?
-adekah aku tak aktif di universiti?
Cukup ke 3 sijil untuk mengaburi mata mereka? dicampur dengan sijil2 zaman sekolah dan matriks, anggap cukup jelah. at lis ade sijil kan kan kan..
Time masuk pertandingan melukis nih, dapat makan 2 kali. Penyertaan adelah percuma. Dapat makan sarapan roti dan makan tengahari nasik ayam. 2 botol mineral serta mendapat 1 buku drawing block secara percuma. Ok lah jugak. Jimat duit makan untuk sehari. Apetah lagi tiasa sebarang bayaran dikenakan, dapat sijil, dapat saguhati untuk setiap peserta.
>------(^_^)------
Gambar mase pertandingan melukis????Here we go!
Tuesday, October 19, 2010
mymoon.sila jangan hafal ini
Sah ! Ketidakbolehtiduran menyebabkan aku boleh mengepos 3 entri di dalam 1 malam..
Masih mencari teks yang bakal digunakan untuk pengucapan awam sabtu ini. Disebabkan tak mungkin akan menjadi rajin dengan mencipta teks sendiri untuk pengucapan awam, maka keputusan menciplak teks ciptaan insan lain telah dibuat. Semoga teks ini tak same dengan siapa2..terutamanya ct mymoon...
Memerlukan sedikit wang juga untuk membeli krayon sebagai alat pewarna warni kertas lukisan berwarna putih untuk pertandingan melukis rabu ini. .
Selain itu sedang merindui kude kude jugak dan hana kales. kepada kudekude, semoga berjaya menyambung pelajaran. kepada hana kales, semoga berjaya dalam intebiu. semoga berjaya dalam menyusun corak hidup untuk masa akan dtg...
Jika lapar, sila makan. jangan tunggu saya..saya pulang lewat sikit...
“Ayah….Ayah…. Di mana rumah kita? Ayah…. Ayah…. Di mana jiran kita? Ayah…. Ayah…. Di mana adik-adik saya? Ayah… Ayah… Di mana ayah?” Mungkin, inilah luahan hati seekor anak ular tedung selar yang telah kehilangan habitat akibat pembangunan.
Pembangunan adalah sebahagian daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Atas nama pembangunan, saban waktu kita melihat keadaan semula jadi di muka bumi ini terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit, demi apa? Demi mengejar seribu impian yang terkandung dalam istilah pembangunan.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam pertemuan. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula membuat tarian salsa dan bukan juga mengalunkan irama pop yeh yeh akan tetapi menyampaikan pidato saya iaitu penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama. Di sini saya akan mengungkap beberapa persoalan yang bersangkutpaut dengan pelestarian alam sekitar tanggung jawab bersama.
Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat tajuk pidato ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'tanggungjawab bersama'. Saya akan pecahkan tajuk saya ini kepada tiga kompenan utama. Yang pertama akan saya kupaskan punca-punca kemusnahan alam sekitar, keduanya kesan-kesan kemusnahan alam sekitar dan seterusnya mencari jalan alternatif dalam melestarikan alam sekitar. Semuanya tidak lain dan tidak bukan bertunjangkan tema penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama.
Sidang pendengar yang penuh santun,
Kompenan saya yang pertama adalah punca-punca kemusnahan alam sekitar. Kemusnahan terhadap alam sekitar terjadi angkara perbuatan manusia yang tidak mematuhi peraturan atau rang undang-undang mahupun kaedah yang selamat dalam aktiviti kehidupan seharian. Tindakan tersebut itu dikaitkan dengan sikap ingin mengaut keuntungan maksimum dan mengurangkan bebanan kos yang ditanggung. Peraturan soal kebersihan dan menjaga alam sekitar ada dibincangkan dalam kitab-kitab feqah yang menandakan amalan ini penting dalam ajaran islam. Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang terlalu besar ertinya ini membuatkan saya cukup terpanggil mengajak saudara dan saudari sama-sama memikirkan alam sekitar kita.
Terdapat segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang merobek keindahan alam sekitar seperti membuang sampah, sisa toksik dan agen pencemar alam secara tidak mematuhi piawaian yang ditetap pihak kerajaan sekaligus menyebabkan keindahan alam sekitar tercabul. Tindakan buruk itu bukan sahaja menyalahi undang-undang negara, bahkan satu perbuatan berdosa di sisi agama. Ajaran Islam menegah umatnya melakukan perbuatan yang diketahui mendatangkan kesan buruk, tidak kiralah kecil atau besar sesuatu kesalahan itu. Individu yang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu berdasarkan mana yang lebih mudah dan menguntungkan mereka. Soal keburukan dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak lain atau masyarakat tidak pula dikisahkan. Hal ini umpama jari-jari liar yang rakus menerkam mangsanya. Batu dilontar ke depan, tangan disorok ke belakang. Yang konon-kononnya terlalu sarat, terlalu berat untuk difikirkan bersama. Menyesakkan nafas orang yang melihat. Manusia…oh, manusia….oh, manusia!
Sidang pendengar yang setia,
Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kesan-kesan kemusnahan alam sekitar. Dipetik dari Malaysia Today, para akademik mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem yang seimbang yang dikaji, telah mengalami kerosakan di tangan manusia sepanjang setengah abad yang lalu. Wilayah tanah kering di dunia, yang mewakili 41 peratus permukaan tanah di bumi, telah begitu teruk dimusnahkan, namun, di sini jugalah populasi manusia telah berkembang dengan begitu pesatnya sejak tahun 1990-an. Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah mengubah ekosistem dengan pantas dan meluas berbanding mana-mana waktu dalam sejarah manusia, kebanyakannya bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk makanan, air bersih, kayu balak serta keperluan yang lain. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian nampak jelas. Lebih kurang 15 dari 24 ekosistem yang utama bagi kehidupan atas bumi telah mengalami kerosakan yang serius. Sebuah ekosistem ditakrifkan sebagai sebuah kompleks yang dinamik mengandungi tumbuh-tumbuhan, binatang dan mikroorganisma yang membentuk unit fungsi bersama persekitaran benda bukan hidup yang dapat wujud bersama.
Sememangnya sektor pertanian menjana pendapatan negara dan merupakan sumber pendapatan yang terpenting. Namun begitu, peningkatan nutrien buatan manusia dalam persekitaran telah membawa kepada peningkatan alga. Ini akan mengurangkan oksigen bagi hidupan akuatik dan juga menghasilkan bahan toksik yang membahayakan air untuk diminum. Hal ini disebut eutrofikasi yang disebabkan cahaya matahari tidak dapat menembusi dasar air akibat pengumpulan alga di atas permukaan air. Maka, tumbuhan akuatik tidak dapat menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan oksigen sekaligus menyebabkan hidupan akuatik di ambang kepupusan. Terumbu yang didominasi oleh batu karang kini dengan tiba-tiba berubah kepada dipenuhi alga, yang telah bertambah disebabkan bertambahnya kadar nutrien yang turun dari sumber-sumber dari darat. Banyak terumbu karang di Jamaica kini didominasi oleh alga. Sekali lagi, hidupan akuatik diancam kepupusan akibat kemusnahan habitat.
Sidang saksi yang bermisi,
Sudah banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia akibat masalah pencemaran. Isu pencemaran alam merupakan masalah peringkat global yang turut melanda negara seluruh dunia. Mungkin sesebuah negara itu telah, sedang dan akan mengalami krisis ini. Kegagalan sesbuah negara menangani alam sekitar turut melepasi sempadan negara apabila kesannya turut dirasai di negara lain. Maka, sudah tentulah isu alam sekitar sering menjadi duri dalam daging hubungan dua negara yang berjiran. Sedekad lalu, masyarakat dunia heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Kejadian itu selalu menjadi igauan ngeri bagi generasi kini dan akan datang. Generasi kini merupakan pencetus generasi akan datang. Lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung (UV) disebabkan pelepasan gas-gas berbahaya secara tidak terkawal. Melepaskan unsur pencemaran sememangnya tidak dapat dielakkan. Aktiviti harian manusia sudah pasti tidak lepas daripada menghasilkan bahan buangan. Kita makan dan menghasilkan najis, bekas pembalut makanan menjadi sampah, menhidupkan enjin melepaskan asap dan sebagainya.
Namun, apakah tindakan kita? Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri. Kita teruskan dengan komponen ketiga saya iaitu kempen melestari alam sekitar. Sebenarnya, kempen ini bukannya bertujuan menyusahkan, membebankan mahupun melecehkan hadirin sekalian tetapi bertujuan mencari alternatif meminimumkan kesan daripada aktiviti tersebut. Sebenarnya krisis alam sekitar bukannya suatu isu yang boleh dianggap remeh. Di peringkat global, pelbagai perbincangan khusus yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi negara seluruh dunia. Deklarasi demi deklarasi telah dibuat mengenai tatacara dan usaha mengatasi masalah ini. Memang tidak dinafikan, semua pihak sedar kepentingan menjaga alam sekitar.
Bagaimanapun, perkara yang agak menyedihkan apabila negara maju yang sedia kita tahu yang sebenarnya lebih banyak menyebabkan masalah alam sekitar ini mengambil jalan mudah menunding jari terhadap negara membangun sebagai punca berlakunya masalah alam sekitar. Sebagai contoh, negara Amerika Syarikat merupakan penyebab 20% kesan rumah hijau dunia. Negara maju lebih gemar menyalahkan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah sebagai punca masalah alam sekitar. Justeru, negara maju cuba menghalang atau memulau hasil kayu seperti perabot yang dihasilkan daripada negara membangun sebagai ugutan berlapik bagi menutup mulut negara membangun. Memang sukar untuk negara membangun menegur dan memperbetulkan sikap buruk negara maju. Maka, langkah yang mampu diambil ialah tindakan yang dilakukan di dalam negara sendiri.
Ramai yang beranggapan bahawa pencemaran secara besar-besaran sahaja boleh mencemarkan alam sekitar. Namun, hakikatnya memang berbeza seperti yang difikirkan. Saya bawakan contoh membuang puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula juga perbuatan mencemarkan alam sekitar. Biarpun kecil, tetapi sekiranya jumlahnya berlipat kali ganda tetap mencemarkan alam sekitar. Acapkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas, tandas awam dan sebagainya kelihatan agak kotor disebabkan benda-benda kecil ini. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai peranan untuk melestarikan alam sekitar biarpun perkara itu dianggap remeh. Jangan disebabkan benda remeh ini, kelak membawa binasa kepada seluruh komuniti masyarakat.
Hadirin sekalin, sidang penonton penuh santun,
Harus dikejut mana yang lena
Harus ditegur mana yang alpa
Sebelum manusia ditimpa bencana
Sebelum alam mulai bicara
Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Asimilasi ini bagai isi dengan kuku, bagai irama dengan lagu, bak aur dengan tebing. Oleh itu, hutan ditebang, hutan dimusnahkan, hutan diterokai untuk pembangunan sudah pastilah haiwan-haiwan akan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika satu hari, monyet-monyet, harimau-harimau mahupun gajah-gajah ingin berumah bersama kita. Bahkan jangan terkejut sekiranya cucu cicit kita mengatakan beruang panda itu, pokok yg tumbuh melilit di tepi pagar. Seterusnya, ledakan bom jangka ketiga ini umpama ledakan bom jangka pada generasi mendatang.
Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Jadi, anda bayangkan andainya alam boleh berkata-kata mungkin inilah luahan rasa sebatang pokok meranti ataupun rintihan seekor semut api merah. Konklusinya, manusia yang mengancam Manusia sendirilah turut terancam. Persoalannya, untuk mengejar sesuatu kemajuan. Haruskah alam menjadi taruhan? Timbang-timbangkan agar bom jangka ini tidak terus-terusan meledak seperti ledakan tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan dan taufan Katrina dan Wilma di Amerika. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri. “Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Pemidato bestari, mohon permisi!
aktif atau gila?
Assalamualaikum w.b.t
Jam menunjukkan angka 1.54 pagi. Malam ni tak boleh tidur pulak..apepasal pun tak tau..adekah kerana terlebih minum neskepe sehingga tiba-tiba buang tebiat bagi salam sebagai mukadimah entri ini...?
Aktiviti yang telah dilakukan sejak tak boleh tidur adelah menggodam blog boyfren..kesian boyfren...hahah..rujuk ini ----> gadis lycra
Aktiviti untuk minggu ini agak padat..dimulakan dengan pertandingan poster pada hari rabu..diakhiri dengan pertandingan pengucapan awam pada hari sabtu...
Agak buang tebiat sebab tinggal 2 minggu je lagi kat upsi baru nak aktif...ini semua dilakukan semata2 kerana mahu mendapatkan sijil sedikit sebanyak sebagai bekalan di hari mendatang...orang kata kalau aktif akan senang dapat kerja..orang kata kalau ada banyak sijil, itu menandakan kita aktif..
Oleh kerana sijil di tangan sepanjang 4 tahun berada di upsi hanya ada sebanyak sekeping (itupun hanya sebagai ajk pengangkutan yg tak berfungsi untuk subjek hubungan etnik) maka, keputusan diambil untuk mengasah bakat semula. Dengan lagak ala-ala pemidato kebangsaan, tajuk yang dipilih adalah 'penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama'..
Bagaimana penulis boleh terjebak untuk menyertai pertandingan ini?
Faktornya adalah kerana projek yg dijalankan oleh budak2 minor kimia yg mengambil subjek 'alam sekitar'. Setiap mereka dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu menjalankan satu aktiviti berkenaan alam sekitar.
Kumpulan2 tersebut telah menganjurkan aktiviti seperti pertandingan melukis, pertandingan memasak, pertandingan pengucapan awam, pertandingan ewah2 ( pertandingan ini milik ct mymoon ) dan lain2.
Dalam hal ini, penulis hanya berpeluang menyertai dua pertandingan iaitu melukis poster dan pengucapan awam. Hal ini demikian kerana yg lain2 dah full. Untuk pengetahuan umum, ct mymoon turut menyertai pertandingan pengucapan awam ini. Semoga dia tabah dalam menghafal teks.hahah...
Persoalannya, adakah 3 sijil cukup sebagai bekalan di masa akan datang? Insyaallah...
Ada rezeki tak ke mana...
Tak gitu kude???
private blog atau open blog?
Ini merupakan persoalan yg tibe2 bermain kat minda penulis sekarang ini..umum sedia maklum bahawa blog penulis adelah di dalam kawalan ketat penulis sendiri..hanya orang2 tertentu yang boleh meninjau2 blog ini..hal ini demikian kerana terdapat entri-entri yang mampu mengganggu emosi sesetengah individu..atas sebab inilah blog penulis terpaksa diprivatekan..Walaubagaimanapun, penulis tiba-tiba terfikir untuk membuka peluang kepada penggemar2 blog di luar sana untuk bersama2 menyelami apa yg ada di blog penulis ini...
Oleh yg demikian, adakah penulis patut menyembunyikan entri-entri yang berunsur kaum dan lain-lain ?
Adakah penulis patut menjadikan blog ini sebagai blog terbuka untuk bakal penggemar-penggemar blog?
Gila merepek...apa yang aku merepek ni? mungkin aku takde keje kot..tapi banyak je assignment, thesis yg perlu disiapkan..
ain oh ain..apekejadah la kau ni...
kuat merepek..dan lain2...
Monday, October 18, 2010
cara melepaskan marah
Kalau aku rase marah aku takkan sound orang tu..(kecuali kes kude kude jugak.haha)
Itu adelah sifat penulis dari dulu sampai skang..
lebih baik diam dan tahan rase marah dalam hati..
lebih baik stress dgn diselubungi rase marah daripada runseng bile dah puas hati dapat sound org tu..err..harap ayat ini jelas untuk difahami.
*perkara ini hanya diaplikasikan terhadap rakan sebaya. tiada kena mengena dgn adik beradik mahupun bf
Dlm erti kata lain..lepas marah dan sound org tu akan tercetus gaduh..ye! lebih baik tahan marah sekejap dan cool sejam or 2 jam lepas tu daripada mengalami runseng akibat tercetus pergaduhan yg boleh memakan masa selama berhari, berminggu, berbulan atau bertahun lamanya...
kesimpulanyye penulis sedang nak memuji diri sendiri dengan menyatakan diri sendiri adelah bersifat 'cool' terhadap rakan sebaya.
Namun begitu rasa marah penulis terhadap rakan-rakan bermasalah yg membuatkan penulis dah tak tahan dah untuk berkawan lagi dgn mereka skang ni telahpun ditransform ke dlm bentuk2 menghempas barang..
Rase puas la jugak dapat buat camtu...hee...
Baiklah..saye akan berubah menjadi baik semula..tidak akan menghempas barang2 lagi.. :)
Sunday, October 17, 2010
saya dan makan malam









