Sunday, January 9, 2011

Saya & Laki

Walaupun laki kadang2 bongkok tapi saye sayang laki saye




Laki tidak menolak untuk bergambar bersama 'bebeh' di atas kepalanye




Percubaan menjadi Qabil Ambak si penunggang Kude kude jugak




Laki sedang khusyuk menelaah di BORDERS










Saturday, January 1, 2011

1.1.11


01.01.2011

Malam tahun baru tiada sambutan yang memberangsangkan sama seperti tahun2 baru yang sebelumnya.
Hanya bunyi dengkuran kecil adik, ibu dan kakak menyambut kedatangan tahun baru kali ini.
Cuma bezanya tepat jam 12 malam yang menandakan tahun 2010 telah meninggal, aku berjaya tak tidur.
Tak seperti tahun sebelum2 yang mana aku hanya menyambut tahun baru di dalam lena.
Ini adalah satu kejutan!

Kenapa perlu ade entri di tahun baru?
Oh mungkin ini cuma satu coretan yang cuba menyatakan tarikh 1.1.11 merupakan hari pertama di dalam tahun baru masihi 2011 yang boleh membuatkan lembaran baru boleh dibuka.

Sepatutnya Awal Muharam perlu lebih menjadi pilihan untuk merubah diri menjadi lebih baik dari sebelum.
Tapi disebabkan aku bengong2 ubi..jadi tak sempat nak bukak lembaran baru di awal muharram. Bangang jugak.
So akan cuba menjadikan tahun 2011 sebagai benchmark.
Bukanlah lebih mengagung2kan tahun masihi.
Ianya cuma tentang mencari satu titik untuk membuat perubahan di dalam hidup..
Walaupun hasilnye...takde berubah mane pon..cess..memang hampeh..

Persoalannya..adekah kedai kek di Ipoh tutup pada hari cuti am sambutan tahun baru?
Hal ini demikian kerana aku nak buat panggilan telepon ke kedai tersebut untuk bertanyakan jadual kelas membuat kek dan biskut pada tahun ini.
Semoga impian nak belajar buat kek dan biskut tercapai tahun ni.

Selamat tahun baru 2011 :)