Saturday, February 26, 2011

Masih melakukan ini

Mukadimah gambar


Harini penat dengan aktiviti merentas desa. Diamanahkan untuk jaga stesen 7 takde la susah sgt sebab stesen tu stesen yg awal2. So boleh pulang ke sekolah lebih awal sebab pelajar yg merentas desa tersebut akan habis merentas kawasan tersebut dgn lebih cepat. Nasib tak dapat yg hujung2 pasti kena tunggu lebih lama.

7.30 dah ada kat stesen tu untuk tunggu budak smpai. Masalahnya budak dilepaskan pukul 8. Jadi tecangak2 kat kampung tu dgn sorg lagi cikgu. Org2 kampung sume pelik apesal aku diri tepi jalan mcm menjaga lalulintas lagaknya.

Stesen yg aku jaga tu adelah stesen di mana pelajar lelaki dan perempuan berpecah kerana pelajar laki akan merentas sepanjang 6km manakala perempuan hanya 4.5km..
Jadi aku tepaksa menampal kertas untuk menunjukkan arah jalan kepada mereka agar mereka tidak tersilap sekaligus boleh membatalkan penyertaan mereka..Pelajar masih tidak kelihatan..

20 minit kemudian seorang PBSM ditempatkan di kawasan tersebut. Satu soalan terbit dari mulut aku kepada ahli PBSM tersebut.
"Awak tingkatan berapa?"
"Saya tingkatan 1..Akak tingkatan berapa?"
"Oh..saya cikgu.."
Remaja yg wajahnya masih terpancar sisa kanak2 itu tersipu2 malu..
Aku pula tiba2 terasa muda kembali...

10 minit kemudian seorang kadet polis pula ditempatkan di stesen yg aku jaga.
Aku pun bertanya lagi kepada remaja tersebut yg nampak agak sombong dan bangga dengan uniform polis palsunya. Mahu jugak tahu adakah sangkaan aku tepat menyatakan dia tingkatan5 dengan gaya senior nya yg melampau..
"Awak tingkatan berapa?"
"oohh..Tingkatan 5"
Kadet itu membalas lagi " Tingkatan berapa?" dengan gaya sombong konon2 aku ni senior kau..
"Aku sekali lagi tekejut dan menjawab.."im a teacher okay.." ( setelah ditranslit )
Dia pun terus terdiam dan baru mahu menyapa2 aku..kepala hotak kau kan..

dem2..

5 minit selepas itu, datang seorang cikgu meronda2 dan memantau dengan menaiki motosikal..
Dia bertanya kepada kami "Eh kat sini takde cikgu jaga ke?"
What?? Dia terkejut memandang aku dan berkata "Eh sory2 ingatkan awak studen tadi.."

Yaa..terasa menjadi muda berganda2..
Aku bangga kerana menjadi seorang teacher yg sebaya dengan pelajar..
&(&(*(&*^$^

Aku adalah rumah merah aka Ibnu HAzem..yg pasti macam biasa sejak zaman sekolah pasti rumah merah tak hebat dan dapat nombor last..Macam biasa juga rumah paling hebat adalah hijau..dan hijau menjadi juara manakala merah pula memenangi tempat terakhir..mengapa ya fenomena ini berlaku sejak dulu? sungguh misteri..

Mari menghayati gambar2 merentas desa tersebut..



Belum pape dah injured..kehkeh



Ni student2 aku..ajar diorg Math..kelas belakang yg pening & degil



Penyampaian hadiah



PBSM dan Kadet polis itu..haha



Laki & perempuan bpecah



Arah yg ditampal oleh aku



Friday, February 25, 2011

Movie of the week II

Kemarin kude datang menghantar laptop aku yg telah diformat olehnya..
Terima kasih HUN!
wakaka..
Eh? silap2..kude dtg bawak aku gi potostat jadah2 yg banyak gile..
Lebih murah sebab total kos rm16 untuk set yg banyak..

Dan hasilnya menyinggah di wangsa walk untuk makan sebenarne tapi bertukar ke menonton muvi..

Jeng jeng jeng.......



Saya bagi 4 bintang!


Yang bestnye cite ni takde heroin pon..haha
Tapi ade la popuan..
Saya suka statham..Statham hensem!




Surat Cherita Praktikal

SMK Seri Gombak,
Taman Greenwood,
68100, Gombak Selangor
___________________________________________________________________

Cik Nurul 'Ain Bt. Azizan 25 Feb 2011
77957, Tmn Desa Jaya,
Tg. Rambutan Perak



Macam biasa la aku kan dah bgtahu aku pektikel..

Tapi kalau pektikel tu..masuk 1st day dah patut trus stat masuk kelas untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran..
Yang melakukan pengajaran mestilah aku dan yg merealisasikan pembelajaran mestilah budak2 hingusan kawasan itu..

Masalahnye sampai dah 2 minggu pun masih tak dapat jadual mengajar sebab pengetua sibuk nak lakukan rombakan kelas..

Jadi menerima jadual pada minggu ke3 adalah kurang memberangsangkan kerana supervisor aku dah pun bgtahu yg die nak datang observe seminggu sebelum cuti pertengahan penggal sekolah..

Jadi aku hanye ada 2 minggu untuk menyesuaikan diri dengan pelajar yang aku tak hengat langsung pun ape name mereke??

Oh tidak..rancangan untuk berpakat dengan kanak-kanak itu pasti kurang berhasil kerana mereka tidak sayang aku lagi..tak mungkin baru mengajar 2 minggu orang dah sayang? Aku kan suka marah2 mereka kerana cuba berlagak garang agar mereka tak pijak kepala aku dan tidak membuat bising semasa aku mengajar....

Yang pasti tak pasal-pasal aku kena mengajar sivik Tingkatan 4..Memanglah senang..
Tapi latihan pertama yg aku bagi..aku sendiri pun macam blurr bile diorang tanye jawapan..
Topik tentang kemasyarakatan dan gejala sosial..
Apakah kesan kepada negara jika gejala sosial meningkat?

Maybe la banyak jawapan..Tapi untuk amatur macam aku ni yg 1st time ajar sivik dan tibe2 mengalami renjatan otak sebab kene ajar kelas Siaga dan mempunyai pelajar2 seperti Herman, Kidek dan Shahzlan membuatkan otak aku jem sebentar..

Jadi aku putuskan agar mereka menjawab sendiri kerana aku tak akan memberi sebarang jawapan untuk soalan mudah seperti itu..ayat kaver :P
Ugutan di kelas belakang yg bising itu berjaya la jugak buat mereka diam..
Akhirnya aku dapat kutip semua buku walaupun sepatutnya hanya separuh sahaja yg menghantar buku untuk latihan yg diberi..Sebab? Ugutan selagi tak cukup 40 buku atas meja saya, tiada siapa dibenarkan rehat..Pendekatan yg agak baik..

Berikut merupakan jadual kelas yg baru aku dapat Isnin lepas..

Ting 2Bestari = Matematik
Ting 4Lestari = Matematik
Ting 4I = Sivik * Tak tahu I itu merujuk pada apa..mungkin juga Ikan?


Sekian terima kasih.
Berkhidmat untuk Negara

.............................................
( Nurul 'Ain Bt. Azizan)




Tuesday, February 22, 2011

Title: Aku nak makan cheese kek

WEiihh..

Seres rase macam nak makan cheese kek!!
Rase nak buat cheese kek jugak..
Dah lame tak pegang oven neh..
Rumah sewa plak takde oven..kang kalau aku bawak tak ke melampau sebab kos bil api akan meningkat lantas bimbang menimbulkan amarah peserta2 rumah sewa tersebut..
So terpakse batalkan niat..

Niat nak letak gambar cheese kek n kek lapis ala2 sarawak yg aku buat mase cuti lepas pon terpakse dilupakan..
Rase frust sebab gambar tu ade dalam henset yg mane henset tersebut telah rosak..
Gambar tu die simpan kat dalam memory henset n not mem. card..ohh dem..
dahla gambar cheese kek aku tu cantek!!
Macam secret resipi..setius LOL!!

Pasti ada mata2 yg jeles jika ternampakkan gambar tersebut.. @@

Mari siap pegi kerja ya kawan2..

lalalala..hari2 kerja..lalala



Seres kek aku sebijik cam nih! hahaha



Cerita hantu yg tak takut

Haih bosannye..sampai skang tak boleh tidur..
Skang dah pukul 12.30 am..
Biasenye time Buletin Utama tgh bkumandang pon aku dah boleh masuk tidur..
Belek2 laman sosial..tiada apa yg menarik..LOL..
Twitter n fesbuk..komen2 sikit dengan kawan2, merepek2 sikit, chating2 sikit..
Bukak henset mesej laki 2 ke 3 patah..still BOsan..
Yg musykil dari tadi apesal bilik nih mcm ade bau sisha..??


*&((*))()))&^&%%

Tak!! ini bau kemenyan!! Okay aku nak masuk tidur! BYE!


** Berikut merupakan entri penulis mengenai malam semalam lebih kurang pukul 12 tgh malam..entri tersebut tidak sempat di pos kerana penulis terkedu sebentar dengan suasana seram tersebut lalu terus menutup suis laptop yg tiada mengandungi bateri di dalamnya..

Namun kajian hari ini mendapati bau bauan terseut adalah datang dari bau laptop ini iaitu laptop budak rumah yg dipinjam penulis kerana laptop penulis sedang berpantang..


:D :D :D


Sunday, February 20, 2011

Movie of the week

Baru pulang dari tengok muvi..

Midnight muvi ekceli..sebab balik keje pon dah pukul 7..

Selesai solat baru bkesempatan nak keluar gi jalan2..wahaha..

Sebab sume cite full so the last option adelah tgok midnight movie..


Okay bende yg nak di highlight kan adelah cerite apekah yg telah ditonton??

Movie yg dah ditonton oleh penulis sebentar tadi adelah " The Green Hornet"

Boleh tahan best jugak la sebab cerite ni kelakar..


So korang disarankan gi tengok muvi ni..

Sape yg tak minat kelakar....better jgn gi la coz boring nanti dalam hall wayang...

heheh...


Okay hadirin sekalian..dah tibe mase untuk tidur..

Beta jamukan mate anda sekalian dengan poster muvie ni okay...

Have a nice muvi!!



2 Hero yg kurang hensem berbanding kekasih aku




Makanan!

Okay ni adelah bende2 yg aku dah wat mase cuti sem lepas..4 bulan jugak kat rumah kot..erkk..nope2..dalam 3 bulan..lama gak kan aku cuti..cita2 nak gi class cake terkubur macam tu je sebab kelas cake itu ditutup untuk tahun baru 2011 n tahun baru cine..oh memang not my rezeki..


Okay2...however dah try buat cheese kek philadephia by reference from buku resipi yg dibeli kat popular serta korek2 resipi kat tenet..


Well dear..i cant show how my philadephia cheese cake looks like.......because that image was corrupt..

Maybe next time lol..Speaking sket..ceh


Papepon nak letak jugak ilustrasi2 kek coklat, puding roti n puding warna warni yang berjaya dihasilkan..hahah...


Here we go!!





MY COKLAT KEK


Alamak kantoi botol susu adam..hahah




Okay ni bile dah siap dikukus..boleh salut coklat kat atas die..nyam2





MY PUDING ROTI KISMIS









MY PUDING WARNE WARNI







Teleng sikit kepale sebab malas nak rotate..kihkih








....and dis is my LUVLY ADAM !! ...


Friday, February 18, 2011

Tak tahu apa tajuk post


Cerita yang panjang untuk malam yg panjang..Malam ni terasa panjang sebab tiba2 boleh on9 berbekalkan brodben budak rumah..

Apabila malam terasa panjang dan tidur tidak kelihatan bertandang, maka mungkin boleh mencorat-coretkan kisah yg panjang sepanjang sudah lama tidak mengupdate blog ini..

Kisah pertama adelah telah berhijrah ke gombak selama 4 bulan untuk prektikel..

Kisah kedua adalah telah prektikel kat sekulah yg kusam..student boleh tahan kurang asam..

Kisah seterusnya adalah coretan tentang kisah2 terdahulu sepanjang bercuti sakan di rumah sebelum pergi prektikel..

Kan aku ade cakap nak blaja buat kek kan kan kan.. Tak jadi belajar sebab kedai kek ditutup sempena tahun baru cina..

Niat utama adelah nak belajar wat cheese kek..

Tapi nampaknye kejayaan membuat cheese kek telah dapat dicapai berdasarkan cubaan sendiri tangan ajaib menggunakan resepi yg di search di internet..Okay gambar akan menyusul akan datang..

Selain cheese kek, turut berjaya membuat kek lapis sarawak..hahaha..

Tahniah miss kude!

Hopefully lepas ni akan dapat mencuba resepi2 kek yg lain dengan jayanya...........!!

Im not a loser okay ana!!

Nab dah try cheese kek aku dan cakap "WOW! This is DELICIOUS!!! "



Sunday, January 9, 2011

Saya & Laki

Walaupun laki kadang2 bongkok tapi saye sayang laki saye




Laki tidak menolak untuk bergambar bersama 'bebeh' di atas kepalanye




Percubaan menjadi Qabil Ambak si penunggang Kude kude jugak




Laki sedang khusyuk menelaah di BORDERS










Saturday, January 1, 2011

1.1.11


01.01.2011

Malam tahun baru tiada sambutan yang memberangsangkan sama seperti tahun2 baru yang sebelumnya.
Hanya bunyi dengkuran kecil adik, ibu dan kakak menyambut kedatangan tahun baru kali ini.
Cuma bezanya tepat jam 12 malam yang menandakan tahun 2010 telah meninggal, aku berjaya tak tidur.
Tak seperti tahun sebelum2 yang mana aku hanya menyambut tahun baru di dalam lena.
Ini adalah satu kejutan!

Kenapa perlu ade entri di tahun baru?
Oh mungkin ini cuma satu coretan yang cuba menyatakan tarikh 1.1.11 merupakan hari pertama di dalam tahun baru masihi 2011 yang boleh membuatkan lembaran baru boleh dibuka.

Sepatutnya Awal Muharam perlu lebih menjadi pilihan untuk merubah diri menjadi lebih baik dari sebelum.
Tapi disebabkan aku bengong2 ubi..jadi tak sempat nak bukak lembaran baru di awal muharram. Bangang jugak.
So akan cuba menjadikan tahun 2011 sebagai benchmark.
Bukanlah lebih mengagung2kan tahun masihi.
Ianya cuma tentang mencari satu titik untuk membuat perubahan di dalam hidup..
Walaupun hasilnye...takde berubah mane pon..cess..memang hampeh..

Persoalannya..adekah kedai kek di Ipoh tutup pada hari cuti am sambutan tahun baru?
Hal ini demikian kerana aku nak buat panggilan telepon ke kedai tersebut untuk bertanyakan jadual kelas membuat kek dan biskut pada tahun ini.
Semoga impian nak belajar buat kek dan biskut tercapai tahun ni.

Selamat tahun baru 2011 :)