Friday, February 25, 2011

Surat Cherita Praktikal

SMK Seri Gombak,
Taman Greenwood,
68100, Gombak Selangor
___________________________________________________________________

Cik Nurul 'Ain Bt. Azizan 25 Feb 2011
77957, Tmn Desa Jaya,
Tg. Rambutan Perak



Macam biasa la aku kan dah bgtahu aku pektikel..

Tapi kalau pektikel tu..masuk 1st day dah patut trus stat masuk kelas untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran..
Yang melakukan pengajaran mestilah aku dan yg merealisasikan pembelajaran mestilah budak2 hingusan kawasan itu..

Masalahnye sampai dah 2 minggu pun masih tak dapat jadual mengajar sebab pengetua sibuk nak lakukan rombakan kelas..

Jadi menerima jadual pada minggu ke3 adalah kurang memberangsangkan kerana supervisor aku dah pun bgtahu yg die nak datang observe seminggu sebelum cuti pertengahan penggal sekolah..

Jadi aku hanye ada 2 minggu untuk menyesuaikan diri dengan pelajar yang aku tak hengat langsung pun ape name mereke??

Oh tidak..rancangan untuk berpakat dengan kanak-kanak itu pasti kurang berhasil kerana mereka tidak sayang aku lagi..tak mungkin baru mengajar 2 minggu orang dah sayang? Aku kan suka marah2 mereka kerana cuba berlagak garang agar mereka tak pijak kepala aku dan tidak membuat bising semasa aku mengajar....

Yang pasti tak pasal-pasal aku kena mengajar sivik Tingkatan 4..Memanglah senang..
Tapi latihan pertama yg aku bagi..aku sendiri pun macam blurr bile diorang tanye jawapan..
Topik tentang kemasyarakatan dan gejala sosial..
Apakah kesan kepada negara jika gejala sosial meningkat?

Maybe la banyak jawapan..Tapi untuk amatur macam aku ni yg 1st time ajar sivik dan tibe2 mengalami renjatan otak sebab kene ajar kelas Siaga dan mempunyai pelajar2 seperti Herman, Kidek dan Shahzlan membuatkan otak aku jem sebentar..

Jadi aku putuskan agar mereka menjawab sendiri kerana aku tak akan memberi sebarang jawapan untuk soalan mudah seperti itu..ayat kaver :P
Ugutan di kelas belakang yg bising itu berjaya la jugak buat mereka diam..
Akhirnya aku dapat kutip semua buku walaupun sepatutnya hanya separuh sahaja yg menghantar buku untuk latihan yg diberi..Sebab? Ugutan selagi tak cukup 40 buku atas meja saya, tiada siapa dibenarkan rehat..Pendekatan yg agak baik..

Berikut merupakan jadual kelas yg baru aku dapat Isnin lepas..

Ting 2Bestari = Matematik
Ting 4Lestari = Matematik
Ting 4I = Sivik * Tak tahu I itu merujuk pada apa..mungkin juga Ikan?


Sekian terima kasih.
Berkhidmat untuk Negara

.............................................
( Nurul 'Ain Bt. Azizan)




No comments:

Post a Comment